Khamis, 10 Februari 2011

Bila cemburu menguasai diri...

Dah lama rasanya aku tak tulis blog nie...macam-macam dah terjadi pada diri ku...hurm entah la...kadang tue aku terpikir juga kenapa dan mengapa semua ini terjadi...aku nie teruk sangat ker...aku tak kisah kalau orang nak membenci aku dan aku tak kisah kalau orang nak sayang aku malah aku bersyukur sangat kerana ada insan yang sudi menyayangi aku tapi kenapa ada yang tak suka aku disayangi...? malah dia lebih gembira kalau melihat aku dibenci...

Aku tak tau aper yang dah merasuk dia...padahal kami dulu kawan dan sahabat baik...aku respect dia...tapi lelama tue perangai dia berubah...aku jadi pelik n menyampah dengan dia...apa yang aku cuba buat ada saja tak kena depan mata dia sehingga satu hari kami tidak bertegur sapa angkara sifat cemburu dan sifat egois dia...aku tak cakap aku betul dan aku juga tak cakap aku baik...aku tahu kadang tue aku ada buat salah juga...aku sedar dengan semua tue...aku sedar dengan keburukan yang aku ada tapi kenapa kau tak sedar dengan keburukan yang kau ada...lama juga aku tak bercakap dengan dia...tapi sampai bila kan kita nak jadi macam nie...

Akhirnya kami bertegur sapa..tapi aku dah tak boleh terima dia macam dulu lagi...pada aku dia hanya teman sepejabat dan bukan lagi orang yang aku sayang seperti dulu...puas dah aku cuba untuk jadi macam dulu tapi aku tak boleh coz aku tak nak orang cakap aku ni hipokrit...so better aku jadi diri aku yang sebenar...dan yang paling menyedihkan aku bila kami dah bermaafan dia still tak boleh tengok aku lebih...perasaan cemburu masih lagi mengasai diri dia...lantak ko lah..malas aku nak ambil port lagi...huh!!!

Isnin, 16 Ogos 2010

Lemang & Ketupat Daun Palas

Dah lama tak tulis blog ni rasanya...

Salam to everybody...kali ini aku nak ceritakan serba sedikit mengenai Ramadhan 1431 dan Syawal yang bakal tiba nanti...next year perkahwinan ku pula dah nak menjangkau 2 tahun..tahun nie tahun kedua aku menyambut Ramadhan bersama suami tercinta...

Seperti tahun-tahun yang sebelum nie, aku akan senantiasa merindui arwah datuk dan juga arwah nendaku...rasa terkilan ketika hari pemergian arwah nendaku masih terasa. .entah la tak tahu dimana salah dan silapnya. Setiap kali bila syawal menjelma aku tidak akan melupakan murtabak, lemang dan juga ketupat daun palas...

Pada Ramadhan 1430 aku bersama sahabatku pergi mencari lemang hingga kehujung dunia (Campbell to Masjid Jamek)..susah nak cari yang betul2 berkenan di hati...tapi dek kerana penat kita orang beli la mana yang ada jer..nampak menyelerakan tapi bila makan erm Nauzubillah...keras nyer, mentah nyer...hilang seleraku...makan je la apa yang ada...lemang dan ketupat ku biarkan ditepi...

Kini Ramadhan 1431 kunjung tiba.. seperti biasa bila bulan puasa tekak ini ingin sekali memakan Murtabak, Ketupat daun palas dan juga lemang..apa lagi kami tiga sekawan pergi mencarinya...tapi kali nie kami pergi di sogo...Lucu kisah nye

Waktu nak keluar Office hujan dah mula turun membasahi bumi tapi tak la lebat mana...kerana teringin diyana dan timmie menemaniku juga. Menyelerakan sekali bila dah sampai disitu..aku pun membelu dengan begitu rakus sekali (biasa lah nafsu kan)...setelah penat membeli aku pun nak balik opis bila kami keluar hujan selebat2nya... macam mana nak balik opis nie...masuk kul 2 tapi kul 2.30 kami masih lagi berada disana...

Apalagi masing2 menunjukkan aksila..ada yang lari sopan la, laju la, langsung tak lari pun ada (aku lah tue)...dari sogo kami berhenti di pertama...kuyup..itu yang boleh aku katakan...hahahahdari pertama nak ke opis pun nak kena lari gak..adesh macam mana nie...dengan badan aku yang ala2 Siti Nurhaliza nie macam mana nak larikan...kontrol ayu jer la...hahaha..yang berada didepan sekali yerla Timmie coz badan dia macam Sheila Majid so cepat la sikit dia lari, Diyana berada di tempat kedua yer la bentuk abdan kan macam Puteri Diyana dan i nie kenala kontrol ayu sebab macam Siti Nurhaliza kan...orang tengok jer la kalau i lari...samapi di Maju Junction..kuyup yang teramat sangat..ish ish ish...

Kerana Lemang dan ketupat daun palas basah kuyup pun tak per...thanks to Diyana and Timmie..sahabat sejatiku...

Rabu, 19 Ogos 2009

Apa YanG teRjAdi Kan TetAp TerJadi


Lately nie mood aku tak berapa ok..aku mudah sedih..mudah menangis dan cepat berasa bosan...Ya Allah kenapa dengan diriku ini...aku tau ini dugaan yang harus aku tempuhi bila aku memasuki alam perkahwinan, tapi aku tak berdaya...aku hanya insan biasa...hanya padaMu aku mengadu..

Aku cuba melupakan segala kenangan ku bersama sidia namun hatiku masih kuat mengingati dirinya...sedih hati pedih bila kenangan itu tiba-tiba hadir dalam diriku...apa yang harus aku lakukan...aku buntu...dia tau aku sudah mendirikan rumahtangga tapi kenapa dia harus menggangu hidupku...aku benci bila semua ini harus aku tempuhi kerana aku tau aku tidak sekuat itu...

"Bila bersemadi warna cinta pudarlah segalanya tiada mentari lagi yang mengiringi perjalanan... mestikah bersedih..pada hakikat, dikurniakan padamu, bukankah cita citamu memperjudikan kasih sayang... kita mampu merancang hanya tuhan yang menentukan..tak perlu dikisahkan... Janganlah memburu, angin yang berlalu.. kelak kau terima ..jawapan yang kecundang...Pulang saja dimana permulaan langkahmu...biar saja angin terus berlalu..."


Apa yang harus aku lakukan ketika ini.....